Wa Arkitek ! kau apa tahu?
Monday 30 January 2012 | 0 comment(s)
Bismillahirahmanirrahim
Assalammualaikum

'Saya nak kamu lukis dua lakaran yang berbentuk tempat letak buku dan tempat letak peralatan tulis, sepatutnya kamu kena buat tiga tapi saya kasian tengok kamu, jadi saya mempermudahkan kerja kamu, yang lagi satu saya kasik murid tahun lepas punya lakaran. Jadi kamu buat dua sahaja.' Mudahkan !

Huhh! jatuh jantung bila dengar cikgu suruh buat lakaran tu, aku dah ahh memang dari dulu tak reti nak lukis.
Aku pun selak selak dan terus selak buku teks KH yang besar tu sebab nak cari contoh lakaran. Cikgu kata tak boleh tiru bulat bulat dalam buku. Aku pun dengan rasa rendah diri memperubah tempat letak buku menjadi rak pinggan! Ehhh tak , tempat letak buku jugak tapi bentuk dia lain daripada yang lain.

Lepastu , cikgu tiba tiba cakap, kamu jangan tarik tarik garisan tu menjadi banyak, maksudnya saya nak kamu buat mesti satu garis lurus tapi tak boleh pakai PEMBARIS. Ishhh! cikgu nak garisan lurus tapi jangan guna pembaris, apa cerita ni? cikgu ingat saya boleh agak ke yang mana lurus yang mana bengkok? Dah la nak dua lakaran. Memang aku buat macam apa je ahh! Nanti pulak, nak kena potong kayu tu bagai, aku memang tak pandai guna gergaji! ehhh, kalau potong MDF kena guna gergaji ke ahh? entahla aku tak pandai nak buat. 

Masa nak dekat perhimpunan tu cikgu suruh hantar, aku dengan muka yang separuh tak tahu malu separuh lagi muka aku tak tahu nak campak mana ni terpaksalah hantar, cikgu pandang dua kali, boleh terima ke tidak budak ni punya lakaran? memang aku buat pandai je ahh kena berdiri sebelah cikgu sebab nak tunggu boleh terima ke tidak. Andd , okay saya terima! thank cikgu sayang cikgu untuk kali ni je. Muahahaha. Byeee.
AKU TAK SUKA LUKIS.

Labels:





Older Post . Newer Post